Koperasi Muslimin Malaysia Berhad telah mengadakan satu Mesyuarat Kakitangan pada 6 Ogos 2025 (Rabu) bertempat di Ibu Pejabat Koperasi Muslimin.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras tugasan semasa, memperkemaskan hala tuju pengurusan serta memperkukuh perancangan strategik bagi memastikan kelancaran operasi koperasi secara menyeluruh.
Mesyuarat telah diketuai oleh YBhg. Dr. Nurazmalail bin Marni, Pengerusi Koperasi Muslimin. Turut hadir secara fizikal ialah:
Tuan Haji Muhammadewa bin Said, Timbalan Pengerusi
Dato’ Che Ab Rahim bin Che Daud, Naib Pengerusi
Tuan Haji Mohd Noor bin Mohamad, Setiausaha
Sementara itu, Mejar Haji Azman bin Ab Karim (B) turut mengikuti mesyuarat ini secara dalam talian.
Perbincangan telah meliputi beberapa aspek penting termasuk mengesahkan agenda yang lalu, prestasi semasa koperasi, inisiatif baharu yang bakal dilaksanakan, serta penekanan terhadap nilai integriti dan produktiviti dalam kalangan kakitangan.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Koperasi Muslimin dalam memastikan urus tadbir yang cekap dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada anggota dan masyarakat.
Semoga segala perancangan dan keputusan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya, seterusnya membawa manfaat kepada seluruh warga koperasi.

