Latar Belakang

Mengenai Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB)

Sejarah Penubuhan

Koperasi Muslimin Malaysia Berhad adalah salah satu organisasi kewangan yang mengajak umat Islam bermu’amalah berlandaskan syari’ah. Hasratnya adalah untuk menjadi institusi kewangan yang unggul melalui gerakan Koperasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya.

Atas kesedaran betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan yang ada, maka pada 22 November 1980, atas daya usaha Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), maka tertubuhlah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad atau nama ringkasnya, Koperasi Muslimin (KMMB).

Islam sentiasa menganjurkan umatnya supaya mengamalkan prinsip kerjasama dalam semua aktiviti dan kegiatan hidup yang harus, termasuk bidang perekonomian. Bertolak dari sinilah, Koperasi Muslimin akan berusaha dan berjuang untuk menegakkan sistem ekonomi yang berlandaskan Islam.

koperasi muslim

Matlamat & Tujuan Penubuhan

Menjalankan kegiatan perekonomian, pendidikan dan perkhidmatan kebajikan demi meningkatkan sosio ekonomi, moral dan rohani anggotanya.

Menyediakan kemudahan simpanan (Al-Wadiah) untuk anggota-anggota dan membuang amalan riba’.

Menyediakan skim kebajikan yang dapat memberi pembelaan kepada anggota-anggota dan sumbangan kepada kegiatan-kegiatan Islamiyah.

Menyediakan program pendidikan (tarbiyah) bagi meningkatkan kefahaman ahli dalam bidang muamalat Islam.

Keterangan Syi'ar (Logo) Koperasi Muslimin Malaysia Berhad

Rajah Lapan Bucu

1.1 Dua helai sejadah yang dibentang secara vertikal dan horizontal.

(a) menghadap Ka’abah

(b) menghadap arah Ka’abah

1.2 Lapan bucu iaitu lambang lapan penjuru alam sebagai sasaran. Dimana-mana saja orang Islam tetap bersaudara.

Awan Larat

2.1 Berupa bunga melambangkan salah satu dari ciri keindahan Jannah.

2.2 Keharuman bunga di syurga mengiringi pejuang yang gugur di jalan Allah.

Lingkaran

3.1 Berupa tali/hablun yang mengikat manusia dari londeh/loose dalam kehidupan.

3.2 Jaminan kejayaan kepada mereka yang berpegang teguh kepada tali Allah dan tali manusia.

Gambar Dalam

4.1 Rajah Empat Segi: Merupakan Ka’abah lambang kesatuan arah, keseragam dan perpaduan sejagat.

4.2 Rupa Menara: Rupa menara Masjid Nabawi di Madinah di mana bermula pelaksanaan siasah dan iktisad Islami.

4.3 Rupa Kubah Masjid Aqsa: Menara tajam dan menjulang melambang ketinggian cita-cita dan keluhuran matlamat. Mengingatkan kita tentang masjid ketiga paling mulia dalam Islam yang menuntut dibebaskan segera.

Keterangan “Ruhiyah”

5.1 Kombinasi rajah dan gambar menjelaskan kesepaduan usaha dalam memenuhi tuntutan akhirat dan keduniaan. Tunaikan solat dan keluarkan zakat.

5.2 Masjid harus menjadi pusat dari segala aktiviti kehidupan Insan.

5.3 Melihat syi’ar boleh mengingatkan orang akan tanggungjawab kepada Allah dan Ummah.

5.4 Pembawa/pengguna syi’ar menggambarkan pecinta masjid yang hatinya sentiasa terpaut dengan rumah Allah.

5.5 Kearah membina kekuatan dan ketahanan semangat juang melalui;

i. Pelaksanaan solat

ii. Penunaian zakat

iii. Pengukuhan tali hubungan dengan Allah dan manusia.

iv. Pengorbanan harta, tenaga dan jiwa.

5.6 Menara berbentuk runcing dan tajam melambangkan persediaan kekuatan pertahanan spiritual, mental dan fizikal.