PROGRAM TEAM BUILDING STAF 2025

Kongsikan Artikel Ini

TEAM BUILDING KOPERASI MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD DI KANGAR, PERLIS

Kangar, 28–29 Jun 2025 – Koperasi Muslimin Malaysia Berhad telah mengadakan program team building pada bulan Jun yang lalu melibatkan semua warga kerja, diketuai oleh Mejar Haji Azman. Program ini bertujuan mengukuhkan semangat kerjasama, meningkatkan komunikasi, dan memupuk hubungan yang lebih erat antara kakitangan. Aktiviti berlangsung selama dua hari satu malam di Kangar, Perlis, dengan pembahagian peserta kepada tiga kumpulan utama.

28 Jun – Sesi Petang
Sesi bermula dengan aktiviti santai yang menguji kreativiti dan kerjasama ahli kumpulan. Antara cabaran yang dijalankan termasuk:

  • Radio Karat – peserta perlu menyampaikan mesej dari seorang ke seorang tanpa mengubah maksud.

  • Sambung Ayat – setiap peserta menambah ayat berdasarkan ayat terakhir rakan di hadapan.

  • Permainan koordinasi – membentuk bulatan di mana sebelah tangan digunakan untuk menghantar bola pingpong, manakala tangan yang lain menangkap bola daripada rakan.

28 Jun – Sesi Malam (Amazing Race)
Pada sebelah malam, suasana menjadi lebih meriah dengan penganjuran Amazing Race yang menggabungkan kemahiran motor halus, ketepatan, dan kerjasama. Antara cabaran menarik adalah:

  • Memindahkan biji kacang hijau menggunakan chopstick.

  • Mengimbangkan bola angin dengan menggunakan tiga tali.

  • Melantunkan bola pingpong sehingga masuk ke dalam cawan.

  • Menyusun 10 biji guli menjadi formasi yang sama seperti contoh 20 biji guli yang disediakan.

29 Jun – Sesi Pagi
Hari kedua dimulakan dengan aktiviti yang memerlukan koordinasi rapat antara peserta, seperti:

  • Memegang 10 helai kertas di antara dua badan tanpa terjatuh.

  • Memasukkan bola pingpong ke dalam cawan yang dipegang oleh rakan di belakang.

  • Mengimbangkan cawan berisi air di atas kertas mahjong.

  • Aktiviti kreatif membina Pulau Idaman yang menggambarkan suasana kerja dan jawatan impian.

Program ini bukan sahaja berjaya menceriakan suasana, malah telah mempereratkan hubungan antara kakitangan melalui pelbagai cabaran yang memerlukan komunikasi, strategi, dan saling percaya. Semangat kerjasama yang ditunjukkan diharap dapat diteruskan di tempat kerja bagi meningkatkan lagi produktiviti dan keharmonian warga Koperasi Muslimin Malaysia Berhad.

Langgani Artikel Terkini

Dapatkan Artikel Terkini Terus Ke Inbox Anda

Artikel Lain Untuk Diterokai