Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-41

Kongsikan Artikel Ini

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-41 Koperasi Muslimin Malaysia Berhad telah berlangsung dengan jayanya pada 27 hingga 28 Jun 2025 di Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis. Acara gilang-gemilang ini menyaksikan kehadiran 107 orang perwakilan yang bersama-sama membincangkan hala tuju dan pencapaian koperasi.

27 Jun 2025 | Jumaat

4.00 Petang | Mesyuarat Khas ALK

Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi Khas telah berlangsung pada pukul 4.00 Petang di Regency Grand Ballroom, Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis.

8.45 Malam | Pendaftaran Pendaftaran Mesyuarat Majlis Perundingan Ke-41

Para Anggota diberikan Kad Kehadiran MAPT Kali Ke-41 ketika mendaftarkan diri setelah tiba di Regency Grand Ballroom, Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis pada pukul 8.45 malam.

9.00 Malam | Mesyuarat Majlis Perundingan (Hibrid)

Mesyuarat Majlis Perundingan yang diadakan secara hibrid ini hanya melibatkan para anggota Lajnah Syariah, Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan dan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Kawasan.Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi Khas telah berlangsung pada pukul 4.00 Petang di Regency Grand Ballroom, Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis.

28 Jun 2025 | Sabtu

5.40 Pagi | Solat Subuh Berjemaah & Kuliah Subuh

Solat Subuh berjemaah bersama anggota koperasi telah diadakan di Dewan Regency Grand Ballroom, dipimpin oleh Ustaz Dr. Nurazmalail. Seusai solat, beliau turut menyampaikan kuliah Subuh yang bertajuk Ihsan dan Itqan dengan penuh pengisian dan manfaat.

7.00 Pagi | Sarapan Pagi

7.30 Pagi | Pendaftaran MAPT ke-41

Sesi pendaftaran dimulakan dengan pengagihan tag nama mengikut negeri, beg MTTM, beg woven serta dokumen berkaitan MAPT Ke-41 kepada semua perwakilan yang hadir, sebagai tanda sambutan mesra dan persediaan awal sebelum majlis bermula.

8.30 Pagi | Selari 1.Taklimat Untuk Perwakilan Aggota Muda

Sesi Taklimat Perwakilan Anggota Muda telah berlangsung di Bilik Regency Platinum dengan pembentangan oleh Haji Mohamad Noor Mohamad menerusi tajuk "Rejuvenasi Demi Kelangsungan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad", dan Dr. Basri bin Abd. Ghani dengan tajuk "Peranan Ahli Muda", yang menekankan keperluan pembaharuan serta peranan generasi muda dalam mencorakkan masa depan koperasi.

8.30 Pagi | Selari 2.Bacaan Al-Mathurat

Sementara taklimat perwakilan anggota muda berlangsung, para perwakilan lain mengisi pagi mereka dengan sesi bacaan Al-Ma’thurat dan tazkirah ringkas bertajuk "Tujuan Hidup Manusia" yang disampaikan oleh Ustaz Abd Rani bin Mohamed Daud, sebagai santapan rohani pembuka hari di Regency Grand Ballroom.

9.30 Pagi | Mersyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-41 bermula

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-41 Koperasi Muslimin Malaysia Berhad membuka tirainya pada pukul 9.30 pegi dengan kehadiran seramai 107 perwakilan dari seluruh negeri.

JKPK Sarawak | Anugerah Inovatif

Inovasi (Koop.talk)

JKPK Putrajaya | Anugerah Inovatif

Sebagai Rakan Strategik KMMB

JKPK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Anugerah Inovatif

Penyertaan bersama Muslimin Travel & Tours (MTTM)

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kerjasama berterusan, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) telah menyampaikan cenderahati kepada wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Penyampaian ini dilakukan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-41 dan merupakan simbol penghormatan atas kehadiran serta peranan penting SKM dalam membimbing dan memantau perjalanan koperasi di seluruh negara

Persaraan En. Abdul Rahman bin Surati

Anugerah persaraan setelah berkhidmat selama 33 tahun bersama Koperasi Muslimin Malaysia Berhad.Anugerah ini merupakan simbol pengiktirafan terhadap komitmen, kesetiaan, dan sumbangan berterusan beliau dalam membangunkan dan memajukan KMMB sejak sekian lama. Sepanjang tempoh perkhidmatan yang panjang ini, beliau telah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan dan pencapaian koperasi. KMMB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan selamat maju jaya dalam fasa baharu kehidupan beliau.

12.55 Tengah hari | Sesi bergambar

1.00 Petang | Makan Tengah hari

2.00 Petang | Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-41 Bersambung

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ke-41 telah bersambung dengan agenda penting iaitu proses undian bagi pemilihan calon-calon Anggota Lembaga . Selaras dengan kemajuan teknologi dan usaha penambahbaikan tadbir urus koperasi, proses pengundian kali ini telah dilaksanakan secara dalam talian bagi memastikan kelancaran, ketelusan, dan penyertaan yang lebih meluas daripada anggota-anggota koperasi.

3.30 Petang | Perkongsian Strategik

Satu langkah penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama serantau telah direalisasikan melalui Perkongsian Strategik yang disampaikan oleh Mr. Roched Baikadem, Naib Pengerusi The Thailand Islamic Cooperative Network.Majlis ini turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) dan The Thailand Islamic Cooperative Network. Usahasama ini dijangka membuka peluang luas dalam bidang pelaburan, pembiayaan Islam, pemerkasaan usahawan koperasi, serta pertukaran pengetahuan dan latihan antara kedua-dua pihak.

4.00 Petang | Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi KMMB 2025/2026 Bil 1

Sebelum labuhnya tirai Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-41, Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi Muslimin Sesi 2025/2026 telah berjaya dijalankan untuk menubuhkan jawatan kuasa kecil KMMB.

Langgani Artikel Terkini

Dapatkan Artikel Terkini Terus Ke Inbox Anda

Artikel Lain Untuk Diterokai