PERJUMPAAN STRATEGIK ANTARA OLYMPIA EDUCATION MALAYISA (OEM) DAN KOPERASI MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD (KMMB)

Kongsikan Artikel Ini

Perjumpaan Strategik antara Olympia Education Malaysia (OEM) dan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB)

Pada 8 Oktober 2025 (Rabu), satu sesi perbincangan strategik telah diadakan antara Olympia Education Malaysia (OEM) dan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Ibu Pejabat KMMB.

OEM diwakili oleh En. Gafor Mohd Nor, manakala Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) diketuai oleh YBhg. Dato’ Che Ab Rahim Che Daud, Naib Pengerusi. Turut hadir ialah Haji Mohamad Noor bin Mohamad, Setiausaha; Tuan Mejar (B) Azman bin Ab Karim, Penolong Setiausaha; Saudara Mohamad Yushaiqal bin Mohamad Yasin, Penolong Pengurus Jabatan Pentadbiran & Syariah; serta Puan Azura binti Yaakob, Penolong Pengurus Jabatan Operasi.

Sesi ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik serta koloberasi antara kedua-dua pihak dalam pembangunan modal insan, latihan peningkatan kemahiran (upskilling dan reskilling), program pendidikan TVET, kepimpinan komuniti, serta inisiatif keusahawanan dan ekonomi sosial yang selaras dengan aspirasi Syariah serta hala tuju KMMB dalam memperkasakan ekonomi ummah.

Perbincangan berjalan dalam suasana yang positif dan profesional, mencerminkan komitmen bersama kedua-dua organisasi untuk memperkukuh sinergi strategik serta meneroka peluang kolaborasi berimpak tinggi yang dapat menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi masyarakat Islam secara menyeluruh.

KMMB kekal komited untuk memperluas jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh kedudukan koperasi sebagai peneraju pembangunan ekonomi ummah berasaskan nilai-nilai Syariah.

Langgani Artikel Terkini

Dapatkan Artikel Terkini Terus Ke Inbox Anda

Artikel Lain Untuk Diterokai