Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-42 Koperasi Muslimin Malaysia Berhad telah berlangsung dengan jayanya pada 5 hingga 6 Jun 2026 di Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur. Acara gilang-gemilang ini menyaksikan kehadiran 109 orang perwakilan yang bersama-sama membincangkan hala tuju dan pencapaian koperasi.
4.30 Petang | Mesyuarat ALK Khas
Mesyuarat ALK Khas bermula pada 4.30 petang di Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur
9.00 Malam | Pendaftaran Pendaftaran Mesyuarat Majlis Perundingan Ke-42
Para Anggota diberikan Kad Kehadiran MAPT Kali Ke-42 ketika mendaftarkan diri pada pukul 9.00 malam.
9.30 Malam | Mesyuarat Majlis Perundingan
Mesyuarat Majlis Perundingan ini hanya melibatkan para anggota Lajnah Syariah, Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan dan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Kawasan.Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi Khas telah berlangsung pada pukul 9.30 Malam.
8.00 Pagi | Pendaftaran MAPT Ke-42
Setelah sarapan pagi, sesi pendaftaran untuk MAPT Ke-42 telah bermula dan sekitar 109 orang perwakilan telah mendaftar
9.15 Pagi | Mersyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-42 bermula
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-42 Koperasi Muslimin Malaysia Berhad membuka tirainya pada pukul 9.15 pagi

JKPK Sabah | Anugerah Inovatif
Anggota baru tertinggi bagi tahun 2025

JKPK Pahang | Anugerah Inovatif
Penyertaan bersama Muslimin Travel & Tours (MTTM)

JKPK Putrajaya | Anugerah Inovatif
Teras utama KMMB

Persaraan Puan Salmah
Anugerah persaraan setelah berkhidmat selama 31 tahun bersama Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
12.30 Petang | Makan Tengah hari

2.00 Petang | Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-42 Bersambung
Mesyuarat Agung Tahunan (MAPT) Ke-42 telah bersambung dengan agenda penting iaitu mengumumkan pemenang-pemenang udian bagi pemilihan calon-calon Anggota Lembaga. Seperti tahun sebelum, proses pengundian kali ini masih meneruskan undian secara atas talian kerana telah terbuktinya kelancaran dan ketelusan proses undian.

4.15 Petang | Sesi bergambar
Sebelum melabuhkan tirai Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-42, para perwakilan merakamkan sesi bergambar sebagai kenangan dan simbolik kepada semangat kebersamaan serta komitmen dalam memperkukuh hala tuju organisasi.





































