JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KMMB

Kongsikan Artikel Ini

Jamuan Hari Raya Aidilfitri KMMB

Pada 17 April 2026, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dengan meriah di Tingkat 3, KMMB. Majlis ini diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga koperasi serta meraikan bulan Syawal dengan penuh kesyukuran.

 

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Anggota Lajnah Syariah (ALS), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) serta wakil Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (JKPK) masing-masing. Kehadiran para jemputan ini telah memeriahkan lagi suasana sambutan.

 

Antara ALK yang hadir ialah Timbalan Pengerusi, Haji Muhamadewa bin Said @ Ibrahim; Naib Pengerusi, Dato’ Che Abd Rahim bin Che Daud; Setiausaha, Haji Mohamad Noor bin Mohamad; Haji Mohamad Zailani bin Abdul Latif; serta Haji Nik Muhammad Fauzi bin Nik Sulaiman. Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas staf KMMB serta ahli keluarga kakitangan yang bersama-sama meraikan sambutan tersebut.

 

Salah satu detik yang menceriakan majlis ialah sesi pemberian duit raya kepada anak-anak dan cucu-cucu staf yang hadir, yang telah disempurnakan oleh Haji Mohamad Noor. Inisiatif ini bukan sahaja menggembirakan mereka, malah menambahkan lagi kemeriahan suasana sambutan.

 

Secara keseluruhannya, majlis ini berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan kemesraan, sekali gus memperkukuh ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga KMMB. Diharapkan agar sambutan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu tradisi tahunan koperasi.

Langgani Artikel Terkini

Dapatkan Artikel Terkini Terus Ke Inbox Anda

Artikel Lain Untuk Diterokai

Aktiviti KMMB

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KMMB

Jamuan Hari Raya Aidilfitri KMMB Pada 17 April 2026, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dengan meriah